Isnin, 11 Mei 2015

Langkawi 2015 .. part 3

Cerita dalam KTMB .. 1 malam punya cerita

Setelah penat berlari-lari cari gerabak L6 .. akhirnya jumpa juga dengan keadaan Aiman yang hilang sabar.. mau taknya dah la hujung sekali.. kena berlari dengan beg heret beg galas.. segala macam jenis beg ada..kekekeke.. tak sempat nak snap pic berlari sebab takut kena tinggal ketapi..baru jer chennai express jadinya.. bukan Senandung Malam Langkawi - Hatyai koooo...


Okeh.. dah dapat masuk ke dalam gerabak, masa untuk cari nombor tempat duduk pula.. lega!! tak jauh sangat dari pintu masuk betul-betul di pertengahan.. huh!! lega dapat duduk dalam gerabak akhirnya..
 Ready for departure to Arau with Senandung Malam Langkawi - Hatyai  at 10.00 pm
 Seat pun seat laa.. janji kami anak-beranak selamat sampai ke destinasi
 Checker tiket KTMB - syukur tiket kami ok.. hihihihihi..
 Ini gerabak yang ada katil.. kami tengok ajer la walaupun tak dapat tidur kat sini
 Abang Alif dah banyak kali naik keretapi tapi kali ni lagi jauh perjalanan memakan masa 1 malam lebih kurang 12 jam juga la untuk sampai ke Arau
 Aiman nak ke tandas pun jenuh gegar-gegar.. hahahhaa.. sangat mencabar dengan keadaan keretapi bergerak.. merupakan kali ke-2 Aiman naik keretapi Senandung Malam Langkawi - Hatyai sebelum ni dengan Aunti Sally waktu tu umur Aiman baru cecah 2 tahun lebih.. boleh rujuk post yang lama-lama.
 Kena tutup muka baru boleh tidur.. dalam keretapi lampu tidak ditutup kalu tak macamana checker nak cek tiket penumpang sebab keretapi ni berhenti hampir setiap stesen untuk ambil penumpang.
 Macam tidur jer mak tu kan? kalau mak tidur.. sapa pula yang snap pic ni? takkan checker atau penumpang lain kot.. dah tengahmalam ni semua orang dah beradu..

Lenanya 2 beradik ni tidur.. opkos mak tak tidur kalu tak macamana boleh ada pic ni ye tak?
 Ini dah sampai stesen keretapi Ipoh.. cantik dengan senibina lamanya.. klasik gitu.. waktu ini lebih kurang jam 2.00 pagi
 Minum kopi jam 3 pagi.. bertambah tak tidur la mak.. sejuk sangat waktu nie.. so mak order kopi O semasa staff KTMB lalu-lalang datang bawa makanan.. kopi O cap Hang Tuah.. memang kena dengan citarasa mak laaa... Alhamdulillah.. segarnya dapat minum kopi O
 Orang lain tidur.. kita tak tidur.. kan dah jadi cenggitu rupanya.. mata buntang.. bertapa lenanya Abang Alif disebelah.. mak buat apa pun dia tak ambil kisah.
 Jam 6.30 ke 7.00 pagi.. Aiman dah bangun tidur.. yippiiiiiiiiii..segar sudah.. so macam biasa order jer kat staff KTMB yang lalu lalang tu.. Aiman ambil roti sosej sebagai sarapan bersama air tin soya. Alhamdullilah kenyang.
 Abang Alif pula ambil mihun goreng dengan air twister oren..waaahhhhh.. sedapnya sarapan abang..
 Yang ini mihun goreng mak.. sedap juga mihunnya.. Alhamdullilah.. kenyang.. bukan selalu dapat sarapan dalam keretapi.. kalu korang nak cuba apasalahnya.. buatlah perancangan untuk sekali-sekala..tapi harga dah tentu lebih mahal dari luar.. sebab ini KTMB Senandung Malam ok...
 Selamat pagi duniaaaaaaaaaaaaa... Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah ..sungguh damai di waktu pagi.. lihat sawah padi terbentang indah dengan matahari terbit menyinari alam..

 Anak-anak dah kenyang,,.dah segar di pagi hari.. cuma siap-sedia untuk turun ke destinasi, hanya tinggal sejam dua sahaja lagi.. dah tak sabar nak ke langkah seterusnya.
 
Lebih kurang jam 9 pagi, Alhamdulillah kami selamat tiba di stesen keretapi Arau...wooowwww..!! sangat berbeza keadaannya dari tahun 2009.. suatu perubahan yang ketara.. ok.. next step terus pergi cari teksi untuk ke jeti Kuala Perlis pula.

Tiada ulasan: