Isnin, 11 Mei 2015

Projek Langkawi 2015 .. part 1


Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT.. perancangan projek Mak pada 2014 telah direalisasikan pada 2015 di mana mak nak bawa Aiman menaiki semua jenis kenderaan di darat, di air dan udara. Kalau diikutkan perancangan asal mak.. mak nak bawa Aiman menaiki kereta dari rumah ke stesen komuter UKM, naik komuter ke KL Sentral, tetapi sebaliknya telah berlaku, beg terlebih daripada bilangan orang makanya mak minta babah hantarkan ke KL Sentral. Menurut perancangan asal pun  dari rumah dengan kereta ke komuter UKM menaiki komuter ke KL Sentral menaiki keretapi Senandung Malam Langkawi - Hatyai ke Arau menaiki teksi ke jeti Kuala Perlis menaiki feri ke KUAH Langkawi pulang dengan MAS Airline menaiki ERL Express KLIA ke Putrajaya dan babah menanti di situ dengan ferrari hitamnya.. walau apa pun itu adalah perancangan asal.. namun apa yang terjadi tetap dalam perancangan cumanya pergi ke KL Sentral babah yang hantarkan sebab mak kata beg banyak sangat.. dan semasa balik ke sini pun babah jemput di KLIA dengan alasan mak beg bertambah lagi.. hahahhahaa... mak...ooo makkk.. apa-apa pun Aiman ok jer... 

Percutian kali ini, abang Alif ikut serta. Biasalah mak.. mana boleh tak bawa bodyguard.. bukan selalu pun mak nak bawa orang lain jalan-jalan sama.

Perancangan yang telah mak susun  : pergi jalan darat - air - balik udara
Langkah 1 : tengok kalender cuti 2015 waktu bila cuti panjang
Langkah 2: tempah chalet sesiap..takut penuh.
Langkah 3 : tengok tiket penerbangan kot ada yang offer murah kebetulan MAS Airline offer murah sangat RM60 ke Langkawi.. terus mak booked sebab dah confirmed date

Ni la rupa emel yang dihantar oleh MAS Airline.. no booking tu jangan hilangkan nanti tak boleh naik kapal terbang.. melopong pula kat airport ..

Langkah 4 : mak semak tiket KTMB dan feri bila boleh tempah.. rupanya 30 hari sebelum perjalanan baru boleh tempah.. takpe.
Langkah 5 : Mak mula menabung untuk bayar tiket KTMB, feri, kereta sewa, teksi, makan, chalet, jimba-jimba.
Langkah 6 : Lamanya menanti hari nak jadi.. setahun kot.. tapi takpe.. mak kata itulah menguji keimanan dan kesabaran kita..melihat bagaimana kita bersusah-payah mengumpul duit, menghadapi pelbagai rintangan..hihihihihii.. teruk bebeno nak gi bercutinya..

rehat jap -- jalan citer memakan masa setahun ni banyak nak dikongsikan bersama.. tengok part 2 pula yee..

Tiada ulasan: