Ahad, 7 Disember 2014

menempuh fasa baharu

Tanggal 3 disember 2014 bersamaan 10 safar 1436 hari rabu detik jam lebih kurang 9 pagi merupakan permulaan dalam sejarah hidup aiman bahri... Dikhatankan di poliklinik ukm seksyen 15 oleh doktor azlan secara tradisional.. Aiman tabah hadapi keadaan ini tapi mak perlu lebih kuat daripada aiman...sebab sesungguhnya mak memang tak suka pergi ke klinik atau hospital.  Demi masa depan aiman, mak gagahi menemani...hanya mak..!
Inilah detik sejarah anak mak makin membesar..alhamdulillah.. Lepas ni, impian aiman untuk berada di saf hadapan ketika solat jemaah in sha allah akan tercapai..
Dugaan ketika menemani aiman di klinik, sungguh aiman cukup tenang menanti ketibaan doktor tapi mak sedikit sedih anak mak tiada sokongan daripada orang lain hanya mak... Sebab itu mak perlu kuat...mak kena tabah.. Waktu yang sama mak lihat anak orang lain siap ditemani oleh ahli keluarganya... Tapi aiman daripada kecil hingga kini hanya mak yang menemaninya... Aiman nak jadi anak yang soleh moga suatu masa nanti aiman akan menemani mak pula..

Jumaat, 10 Oktober 2014

Khamis, 9 Oktober 2014

apabila kecil-kecil kena p kerja

Apabila hari tidak bersekolah atau selepas sekolah...pejabat mak lah tempat menumpang teduh

Sabtu, 20 September 2014

kereta baru?

Ikut mak dan babah usha kereta baru...aiman suka..aiman suka );-)<3 p="">

Jumaat, 12 September 2014

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah mengizinkan mak perolehi segulung ijazah... mak sepatutnya catat perkara terindah ini sewaktu tarikh mak naik pentas.. tapi takpalah semua itu adalah kenangan buat mak dan keluarga serta rakan-rakan.

Tanggal 25 Mei 2014 jam 8.00 pagi, dengan menyarung lengkap jubah serta mottaboard, pentas UTM bersama insan-insan tersayang iaitu para ibubapa, guru, rakan-rakan menyaksikan kegemilangan itu.. benar-benar mak terharu kerana akhirnya mak berjaya memperolehi segulung ijazah.

Apa tidaknya sepanjang pengajian dari tahun 2009 sehingga 2014 pelbagai rintangan mak tempuhi, lebuh raya PLUS dari Bangi ke Jalan Semarak itulah saksi mak berulang-alik mencari dan menimba ilmu. Mak pernah jatuh motor di pertengahan jalan sungai besi dekat dengan airport TUDM - smart tol, Ya Allah, terima kasih kerana panjangkan usia mak dan mak berjaya habiskan pengajian mak dengan sebaiknya.

Lebuh raya itu dan sekelilingnya menyaksikan mak bukan sahaja dari 2009 tapi dari 2001 mak telahpun menjadi seorang penimba ilmu di UTM, Jalan Semarak.. kepahitan mak lalui akhirnya memberikan kemanisan.. sesungguhnya kepahitan dan kemanisan itulah ubat kekuatan untuk mak. Perjuangan mak bukan seorang.. tapi bersama insan-insan terdekat kerana mereka juga sanggup berkorban untuk mak..

Selasa, 25 Mac 2014

MH370... tak mampu untuk diungkapkan lagi

24 mac 2014 - jam 10.00 malam : Perdana Menteri Malaysia - Dato Seri Najib Abd Razak telah membuat suatu pengumuman berkenaan MH370.. sampai ke hari ini 25 Mac 2014.. hati mak masih sebak mengenangkan perihal ini.. sayu sungguh hati mak .. Ya Allah, Engkau cucurilah RahmatMu ke atas roh mereka semoga mereka bersemadi dengan penuh ketenangan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Mu.. Ya Allah.. Engkaulah Yang Maha Mengetahui bagaimana mereka berjuang untuk terus hidup disaat-saat mereka menghadapi kesukaran namun Engkau lebih mengetahui dan Engkau lebih menyayangi mereka daripada kami semua diseluruh dunia ini.. Al-Fatihah untuk mereka sekalian dan ucapan takziah kepada ahli keluarga MH370.. sesungguhnya semua ini adalah ketentuanMu, Ya Allah...

1118-1002-2152-0391-4707-0788


Khamis, 20 Februari 2014

Aiman di alam persekolahan

2 Januari 2014.. itulah tarikh hari pertama Aiman ke skool SRAI BBB.. perkara baru di tahun baru 2014, persekitaran baru, kawan baru, guru baru, pakaian baru.. botol air jer yang lama.. mak kata guna ajerlah yang mana masih boleh digunakan dan elok lagi..



Hari pertama dan hari kedua skool..  masih dalam minggu transisi atau minggu penyesuaian diri.. namun dah 2 bulan sekolah nama cikgu mengajar dalam kelas belum sepenuhnya ingat, kawan-kawan kelas pun masih juga ada yang belum kenal terutamanya budak-budak perempuan.. :)

Siap juga keja sekolah mak

Alhamdulillah.. tanggal 4 Januari 2014, mak berjaya membentangkan projek akhirnya.. kesian mak, bertungkus-lumus menyiapkan projek akhir.. mak kata kalau kerja sekolah mak tak siap, mak tak boleh konvo dan aiman tak boleh pergi Legoland, Aiman suka tolong mak.. Aiman temankan mak siapkan kerja sekolah.. aiman lapar.. tapi aiman makan apa yang ada, mak tak sempat nak masak yang best-best untuk aiman dan babah,...
tapiiii... pada hari sabtu, 4 januari 2014 tu mak pergi skool.. mak kata nak jumpa cikgu dia.. nak tunjukkan kerja sekolah.. aiman tunggu di rumah jer..
tengahari mak balik dari skool... mak senyum gembira.. sebab.. kerja sekolah mak dah siap dan cikgu mak terima dengan baik.. aiman pun suka sebab mak boleh masak macam-macam untuk aiman..

pertengahan januari.. mak tunjukkan hasil keja skolah mak.. yiippiiiiieeeeeeeeee.. dah siap.. mak kata nak kasi keje skolah mak kat cikgu lin.. ntah laa aiman pun tak tahu..

Inilah dia hasil kerja sekolah mak