Selasa, 11 November 2008

Al-Fatihah Buat Bonda Tersayang

Hari ini 11 November 2008.. hari ulang tahun kelahiran bonda tercinta..
Apalah dayanya.. bonda telah lebih 3 tahun pergi..kembali ke Rahmatullah.. Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dia lebih sayangkan bonda dari kita semua.. Al-Fatihah buat bonda.. semoga rohnya ditempatkan disamping orang-orang yang beriman disisiMu Ya Allah.
Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal.. hati terasa sayu bila mengenangkan insan tersayang tiada lagi disisi.. bila pulang ke kampung.. melihat rumah.. memandang setiap ceruk rumah.. terasa sunyinya.. tiada lagi kedengaran riuh-rendah.. leteran yang sentiasa berkumandang.. sunyinya.. bonda... terlalu sunyi kehidupan kami tanpamu.. tapi akan daya ini sudah ketentuan Ilahi.. sudah ketetapanNya.. sudah sampai masanya Dia mengambil hakNya..

Apalah dayaku.. nak kuluah.. tidak terdaya.. hanya mampu menaip diruangan ini.. meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.. setiap waktu kumerintih kepada Ilahi.. agar terubat rindu pada bonda.. hanya doa dan amal jariah yang mampu kulakukan untuk arwah bonda semoga dia sentiasa aman damai di alam barzakh.. diringankan segala bebanannya.. kerana sepanjang hayatnya, terlalu banyak penderitaan yang ditanggung.. dari kecil.. remaja.. dewasa hinggalah ke akhir hayatnya.. terlalu perit kehidupannya...

Ya Allah... Kau tempatkanlah roh Bondaku Raja Asmah binti Raja Osman.. disisi orang-orang yang beriman kepadaMu.. Kau ringankanlah bebanannya Ya Allah.. Kau kasihilah bondaku sebagaimana dia mengasihi diriku dan adik-beradik yang lain dari kecil hingga dewasa.. Kau ampunilah dosa-dosanya Ya Allah..Kau lapangkanlah kuburnya Ya Allah.. sinarilah cahayaMu kepadanya Ya Allah..
Ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. kepadaMu kuberserah.. Amin..

Selasa, 7 Oktober 2008

BBQ di kg pauh pada raya ke-3

Buat bbq setiap kali raya dah mcm suatu kewajipan lak bagi famili kitaorang.. memula tak nak buat sebab tak cukup korum.. tapi disebabkan kos perbelanjaan ditampung bersama.. huhhh.. apalagi.. pujuk dicita ulam mendatang.. ye ker peribahasa ni.. betul ker?? hentam saje lahhh.. tapi tahun ni cam kureng meriah skett... pasainyer.. ramai juga la yg tak dtg.. ye laa..jemput pun adik-beradik ngan jiran tetangga sebelah-menyebelah rumah jer.. bukan panggil 1 kampung.. kalu 1 kampung.. mau terbakar tukang bakar daging n ayam tuuu.. lagipun ujan rintik-rintik... air bergelora.. ahaks!! tapi time tu ujan rintik-rintik jer.. sebab 1 group nieh.. kononnyer nama group apa erkk.. beauty group ker pretty group ker..camtu la bunyinyer.. buat show malam tuu.. tak caya?? leh tgk dorangnyer video... tok cik kata tak yah buat apa2 show.. orang nak makan jer.. tak nak tgk show..tapi dorang ni segigih sedaya upaya berusaha gak nak buat show.. so ngan bantuan pakcik ajam nyer yg nak test power speaker dia tuuu..kononnnya gegar..!! gegar..!! aduuuhhhh... pasang lagu jepun..camno teman nak paham... adeehhhh.. abis ngan aiman pun terikut gak..terhenjut2 kat tepi speaker pakcik ajam nyer... anak sapa tuuu...



Ini adalah antara main menu pada malam itu... ok laa.. taklah banyak sgt menunya.. just simple2 jer.. sonok2 jer.. berkumpul ramai2.. kekadang makan rebut2 ni best gak...


inilah dia group..beauty ke pretty ker..camtu laa.. dengan persembahan mereka... not bad laa...idea dorang sendiri mereka show tuu..kira well done gak laaa.... ngan lagu jepun pakcik ajam nyer


tak tau la sapa tuuu.. pantang nampak kamera.. ada jer la muka nyerr... nak entertain jerr...

Majlis Khatam Quran di FEP




Majlis Khatam Quran di FEP pada 26 September 2008

Khamis, 18 September 2008

Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


strong>KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 8 September 2008

Doa Luruskan Hati

Salam buat bloggers..
Ini adalah doa yang saya perolehi daripada seorang penceramah YPEIM ketika datang ke pejabat memberi sedikit taklimat dan ilmu pengetahuan, pengalaman yang dikongsi bersama..di bulan yang mulia tak salah rasanya saya ingin berkongsi bersama bloggers yang lain.. doa ini hendaklah sentiasa diamalkan selepas solat. Insyaallah..mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan hidayah dariNya..mudah-mudahan hati kita diluruskan dan dibersihkan.. semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.. amin.

YA ALLAH, LURUSKAN HATIKU
SUPAYA AGAMAKU LURUS…
BETULKAN HATIKU
AGAR AKU TAK TERGUGAT
DENGAN UJIAN YANG MENIMPA…

YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTAKAN HATI..
BERSIHKANLAH HATIKU
AGAR MAZMUMAHKU TIDAK MEROSAKKAN AGAMAKU..
DAN..TIDAK MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN

WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI
KUATKANLAH HATIKU.. AGAR, KEYAKINANKU TAK BERUBAH..
SUPAYA AKU SENTIASA TABAH

TUHAN… ENGKAU RASAKAN LAH HATIKU..
SENTIASA BERSAMAMU..
SUPAYA AKU RASA ADA KAWAN MELINDUNGIKU
AGAR AKU TIDAK RASA SEPI DI DALAM HIDUPKU

YA ALLAH..TUHAN YANG MENJAGA HATI
BAIKILAH HATIKU.. AGAR, SELURUH HIDUPKU MENJADI BAIK
SUPAYA AKU TIDAK KHIANAT..TIDAK HASAD..
DAN .. TIDAK BERDENDAM DENGAN SESAMA MANUSIA.

TUHAN..LIMPAHKAN LAH KE DALAM HATIKU ILMU.. DAN HIKMAH
HINGGA AKU DAPAT MENYULUH HATI..
MENYULUH KEHIDUPANKU.. DAN..MENYULUH KEHIDUPAN ORANG LAIN

SUPAYA LAHIR DAN BATINKU BERSYARIAT..
AGAR LAHIR DAN BATINKU MENJADI TAAT..

YA ALLAH.. MAKBULKANLAH DOAKU INI..
AMIN.. YA RABAL ALAMIN

Rabu, 3 September 2008

SELAMAT HARI JADI MANJA

HARI INI 3 SEPTEMBER 2008 BERSAMAAN 3 RAMADAN 1429.. genaplah setahun usia Manjaku.. AIMAN BAHRI MOHAMMAD SHAHMINAN..

hepinya dia bila usia makin meningkat.. dia semakin membesar..dan semakin bijak... petang semalam bawa dia jalan2 di bazaar ramadan kawasan billion bangi.. sukanya dia lihat ramai orang..dah tu memacam juadah ada..tak sabar nak makan.. tapi tak boleh makan semua..Aiman belum cukup bersedia makan macam2..

malam tadi siapkan souvenir utk kawan2 aiman di taska..sedekah dibulan puasa.. sambuy hari jadi Aiman yang pertama.... Aiman pun tolong juga..suka betul dia.. tido malam pun lena.. tak bangun sahur pula.. :)

pagi tadi pun sambung lagi..masukkan dadih plak.. asalkan aiman bahagia

Aiman Bahri;
Mak dan Babah doakan semoga Aiman jadi anak yang soleh..taat kepada orang tua..jadi orang yang berguna utk bangsa, agama dan negara..hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT..semoga Allah mencucuri rahmatNya kepadamu sayang..semoga dikau menjadi anak yg bijak pandai cerdik akal fikiran.. semoga dikau sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik..dan dijauhkan dari syaitan yang direjam...amin.

Selasa, 2 September 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

2 September 2008..bersamaan 2 Ramadan 1429..

merupakan hari ke-2 umat Islam menjalani ibadah puasa...alhamdullilah kepada yang berkemampuan dalam menjalaninya.. jihad kepada Yang Esa.. semoga sepanjang bulan Ramadan ini kita mendapat ganjaranNya.. semoga Ramadan kali ini mampu membersihkan jiwa kita..lebih mendekatkan diri kepada Yang Esa..

bagiku.. ini juga merupakan tahun kedua meraikan kehadiran Ramadan bersama buah hati pengarang jantung.. tahun lepas aiman bahri berusia 2 minggu ketika Ramadan tiba..tahun ini usianya telahpun genap setahun.. alhamdullilah..dia membesar di depan mataku..pelbagai gelagatnya..suka duka...tahun ini dan sebelumnya.. dialah ahli yang setia mengejutkan kami sekeluarga yang sedang nyenyak tidur agar bangun untuk bersahur...

hari pertama berbuka puasa..aiman tak sempat nak berbuka bersama..sebab terlampau letih..tidur lena...tapi sekejap jer..selepas mak dan babah selesai, aiman pun bangun...

buat pembaca semua... selamat berpuasa dan berbuka puasa.. janganlah diturutkan sangat nafsu makan..tak baik membazir...

Jumaat, 29 Ogos 2008

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51



SELAMAT HARI MERDEKA KE 51 untuk semua rakyat Malaysia... cintailah negara kita.. hargailah jasa-jasa pejuang-pejuang negara..kerana merekalah kita di sini.. maka dengan itu.. sama-samalah kita menjaga negara kita.. menjaga keamanan..kemakmuran.. kemashuran dalam apa jua aspek.. kang kata lebih2 kang tak pepasai blog aku kena banned lakk.. adakah ini dinamakan demokrasi?? hhmmmm.. macamana nak luahkan perasaan..?? kalau asyik kena block ajer.. bukan blog.. :)

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!
Tanggal 31..bulan 8...57..
Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!

Aiman Bahri


Aiman Bahri Mohammad Shahminan.. kaulah pertama mak dan babah.. penyeri kehidupan kami..penyambung kasih sayang..pengubat duka lara.. hari-hari bersamamu..pelbagai gelagat kau tunjukkan.. dari umur sehari hinggalah kini.. 11 bulan 3 minggu 5 hari.. tiada kata-kata yang boleh mengambarkan perasaan kami sebagai ibubapamu, sayang.


Mak doakan agar Aiman Bahri menjadi anak yang soleh.. menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..kerana dikaulah pewaris kami dunia akhirat.

Pertama kali menatap wajahmu sayang.. Ya Allah.. betapa hebat dan besarnya KuasaMu..apabila diriku selamat melahirkan bayi pertama.. waktu itu.. masyaallah.. merah sungguh anakku.. itu pengalaman pertama yang selama sangat-sangat kutakuti untuk menghadapinya.. Alhamdullilah aku berjaya juga mengharunginya walaupun seharian menghadapi kontruksi...

Hari Raya Tahun 2007

This is my families.. October 2007..we are celebrated together at Kampung Pauh, Taiping, Perak with Ayahanda... without Mother.. she was passed away on 20 Ramadan 1426 (24 October 2005).. we are misses her a lot.. well what to do.. we just can pray and recite Quran for her. Al-Fatihah..


Inilah kami 8 adik-beradik.. anak kepada Abd Rahman Che Man dan Allahyarhamah Raja Asmah Raja Osman

Ini pula.. menantu-menantunya.. from left: Shahminan (my hubby), Hazrin (my sixth sister's hubby), Syukrani (my second sister's hubby),Ours Ayahanda Abd Rahman Che Man, Tajul (my third sister's hubby), Siti (my oldest brother's wife) and Zira (my fourth brother's wife)



Megat Adam Malek Abd Rahman (Abang Sulong)
Megat Mahfudzah Abd Rahman (Kakak Kedua)
Megat Mastura Abd Rahman (Kakak Ketiga)
Megat Firdaus Abd Rahman (Abang Keempat)
Airmy Abd Rahman (its me.. no 5)

Salmy Abd Rahman (Adik KeEnam - perempuan bongsu : youngest sister)


From Left: the youngest brother - Megat Mohamad Fairus Abd Rahman, Ayahanda, the younger (seventh) - Megat Muazam Syah Abd Rahman


"Ya Allah.. Kau Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua orang tua kami, dan Kau tempatkanlah bonda kami ditempat orang-orang yang beriman disisiMu..Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Amiin."



MiE '08











Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Salam..
Syukur Alhamdullilah.. dipanjangkan usia.. dan sekali lagi dapat mengecapi kehadiran Ramadan.. Ramadan bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi...

Buat teman-teman.. dan pengunjung2 yang mengenali atau tidak diri saya..
di kesempatan ini.. ingin kuucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.. dan ampun maaf dipinta andai ada salah silap.. terkasar budi bicara..halalkan makan minum selama ini..

semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa beribu Rahmat kepada kita semua.. keamanan dunia akhirat.. berdoalah semua agar hidup ini sentiasa dalam kerahmatan Ilahi.. marilah sama2 menunaikan kewajipan ini.. membolot sebanyak mungkin pahala yg diberi di bulan mulia ini.. hapuskan la segala dosa-dosa besar dan kecil.. sucikanlah hati kita... sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

akhir kata.. selamat berpuasa... selamat mengerjakan solat tarawih... dan lain-lain untuk menambah saham akhirat...



Amy RA

Khamis, 28 Ogos 2008

Aiman Bersantai di Pulau Langkawi



20-22 Ogos 2008, Pulau Langkawi.. Setelah hampir setahun usia Aiman Bahri Mohammad Shahminan.. akhirnya sampai juga ke Pulau Lagenda, sebenarnya Aiman bukan saja2 nak bercuti ke sana..tapi temankan Mak dan Babah ke Majlis Perkahwinan Auntie Sham.. kawan baik Mak.. kata Mak.. itu kawan masa dia sekolah di Perlis... Auntie Sham very nice,..so beauty.. Uncle Adli..?? Good man..Aiman siap tangkap lentok lagi kat Uncle Adli.. manjanyerr...
Best juga gi Langkawi niehh.. seronok tengok air laut..tapi tak sempat nak jalan2 kat semua tempat.. time tu ujan ajer.. so bila Aiman dah besar.. ada duit lebih.. cuti mak n babah lebih.. bleh la pegi lagi...hehehehe.. kan..kan..kan..!!
Diari Aiman Bahri

Majlis Perkahwinan Sham & Adli









Langkawi- Majlis Perkahwinan Norisham dan Adli berlangsung di No. 25 Kg. Baru Mukim Ulu Melaka Pulau Langkawi.. 20-21 Ogos 2008..Majlis Akad Nikah diadakan di Masjid al-Qadim, Mukim Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Pengantin perempuan tersebut adalah merupakan kawan baikku dari SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL, KANGAR Perlis.. 1995-1996 Kursus Pengurusan Perniagaan.
Buat Sham dan Adli;Kami sekeluarga mendoakan agar korang berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.. Adli; jaga Sham bebaik.. bukan senang nak tackle dia tuu.. i knew her ..she very hard to get.. taniah la kerana berjaya membuka pintu hati Sham utk menerima insan bergelar lelaki dan dijadikan sebagai suami.. semoga Adli menjadi suami dan bapa yang baik kepada Safwan.. dan kepada anak2 coming soon.. :-) ... dan Sham plak.; taniah kuucapkan.. kerana sesungguhnya pintu hatimu terbuka juga untuk menerima insan bernama lelaki menjadi teman hidupmu.. moga kehadirannya dalam keluargamu menambah keceriaan..kebahagiaan.. dah Rahmat Ilahi.. semoga berkekalan ke akhir hayat..lupakanlah kisah lama.. kita buka kitab baru.. :-D









Amy AR - sahabatmu