Jumaat, 12 September 2014

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah mengizinkan mak perolehi segulung ijazah... mak sepatutnya catat perkara terindah ini sewaktu tarikh mak naik pentas.. tapi takpalah semua itu adalah kenangan buat mak dan keluarga serta rakan-rakan.

Tanggal 25 Mei 2014 jam 8.00 pagi, dengan menyarung lengkap jubah serta mottaboard, pentas UTM bersama insan-insan tersayang iaitu para ibubapa, guru, rakan-rakan menyaksikan kegemilangan itu.. benar-benar mak terharu kerana akhirnya mak berjaya memperolehi segulung ijazah.

Apa tidaknya sepanjang pengajian dari tahun 2009 sehingga 2014 pelbagai rintangan mak tempuhi, lebuh raya PLUS dari Bangi ke Jalan Semarak itulah saksi mak berulang-alik mencari dan menimba ilmu. Mak pernah jatuh motor di pertengahan jalan sungai besi dekat dengan airport TUDM - smart tol, Ya Allah, terima kasih kerana panjangkan usia mak dan mak berjaya habiskan pengajian mak dengan sebaiknya.

Lebuh raya itu dan sekelilingnya menyaksikan mak bukan sahaja dari 2009 tapi dari 2001 mak telahpun menjadi seorang penimba ilmu di UTM, Jalan Semarak.. kepahitan mak lalui akhirnya memberikan kemanisan.. sesungguhnya kepahitan dan kemanisan itulah ubat kekuatan untuk mak. Perjuangan mak bukan seorang.. tapi bersama insan-insan terdekat kerana mereka juga sanggup berkorban untuk mak..

Tiada ulasan: