Jumaat, 29 Ogos 2008

Aiman Bahri


Aiman Bahri Mohammad Shahminan.. kaulah pertama mak dan babah.. penyeri kehidupan kami..penyambung kasih sayang..pengubat duka lara.. hari-hari bersamamu..pelbagai gelagat kau tunjukkan.. dari umur sehari hinggalah kini.. 11 bulan 3 minggu 5 hari.. tiada kata-kata yang boleh mengambarkan perasaan kami sebagai ibubapamu, sayang.


Mak doakan agar Aiman Bahri menjadi anak yang soleh.. menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..kerana dikaulah pewaris kami dunia akhirat.

Pertama kali menatap wajahmu sayang.. Ya Allah.. betapa hebat dan besarnya KuasaMu..apabila diriku selamat melahirkan bayi pertama.. waktu itu.. masyaallah.. merah sungguh anakku.. itu pengalaman pertama yang selama sangat-sangat kutakuti untuk menghadapinya.. Alhamdullilah aku berjaya juga mengharunginya walaupun seharian menghadapi kontruksi...

Tiada ulasan: