Isnin, 8 September 2008

Doa Luruskan Hati

Salam buat bloggers..
Ini adalah doa yang saya perolehi daripada seorang penceramah YPEIM ketika datang ke pejabat memberi sedikit taklimat dan ilmu pengetahuan, pengalaman yang dikongsi bersama..di bulan yang mulia tak salah rasanya saya ingin berkongsi bersama bloggers yang lain.. doa ini hendaklah sentiasa diamalkan selepas solat. Insyaallah..mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan hidayah dariNya..mudah-mudahan hati kita diluruskan dan dibersihkan.. semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.. amin.

YA ALLAH, LURUSKAN HATIKU
SUPAYA AGAMAKU LURUS…
BETULKAN HATIKU
AGAR AKU TAK TERGUGAT
DENGAN UJIAN YANG MENIMPA…

YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTAKAN HATI..
BERSIHKANLAH HATIKU
AGAR MAZMUMAHKU TIDAK MEROSAKKAN AGAMAKU..
DAN..TIDAK MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN

WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI
KUATKANLAH HATIKU.. AGAR, KEYAKINANKU TAK BERUBAH..
SUPAYA AKU SENTIASA TABAH

TUHAN… ENGKAU RASAKAN LAH HATIKU..
SENTIASA BERSAMAMU..
SUPAYA AKU RASA ADA KAWAN MELINDUNGIKU
AGAR AKU TIDAK RASA SEPI DI DALAM HIDUPKU

YA ALLAH..TUHAN YANG MENJAGA HATI
BAIKILAH HATIKU.. AGAR, SELURUH HIDUPKU MENJADI BAIK
SUPAYA AKU TIDAK KHIANAT..TIDAK HASAD..
DAN .. TIDAK BERDENDAM DENGAN SESAMA MANUSIA.

TUHAN..LIMPAHKAN LAH KE DALAM HATIKU ILMU.. DAN HIKMAH
HINGGA AKU DAPAT MENYULUH HATI..
MENYULUH KEHIDUPANKU.. DAN..MENYULUH KEHIDUPAN ORANG LAIN

SUPAYA LAHIR DAN BATINKU BERSYARIAT..
AGAR LAHIR DAN BATINKU MENJADI TAAT..

YA ALLAH.. MAKBULKANLAH DOAKU INI..
AMIN.. YA RABAL ALAMIN

Tiada ulasan: