Isnin, 25 Mei 2009

Kursus di Ancasa Resort & SPA Port Dickson



















23-24 Mei 2009.. Aiman travel lagi.. kali ini ikut mak pergi Port Dickson.. mak kata dia ada kursus di sana.. apa pun berlaku Aiman mesti bersama.. Aiman join gak.. masuk room sekali ngan mak semasa kursus berlangsung.. have fun.. ramainya kawan mak.. dan Aiman terasa glamer sekejap..semua orang tahu nama Aiman..wahhh..camner dorang tau erkk...?? Aiman tak cakap pun..camner nak cakap.. dorang tak tanya pun nama Aiman..terus sebut..Aiman..Aiman..Aiman..penat la Aiman camni nak layan kawan mak yg ramai tuuu..Aiman yang kursus ke mak yang kursus..?? Konpius sekejap..tak kisah la semua tuu.. janji dapat jalan-jalan...
Bestnya kat hotel nii.. ada kolammmmmmmm.. tapi Aiman tak mandi.. Aiman lalu jerr.. Aiman tengok jer orang mandi.. Alangkah seronoknya kalu Aiman dalam kolam tuu.. tapi ntah la ye..kenapa mak dan babah tak nak bawa Aiman ke situ..hhmmm..nantilah Aiman tanya..
Pagi Ahad tuu.. mak dan babah sibuk bekpes.. Aiman dah bosan..dah kenyang.. tengok Cik Wati buat apa ntah kat padang tuu.. menari ker?? Aiman nak join.. tapi mak cam tak kasi jerr.. jadinyer Aiman tengok ajer la dari tepi padang.. Cik Wati and de geng nari apa ntah.. mak kata poco-poco.. ooo..camtu erk...
Tapi kann.. masa mak dan babah makan2..aiman ikut Cik Wati..dia bawa Aiman jalan2 kat pantai..bestnyerr... Aiman pernah mandi laut sekali.. Abah yang bawakan.. tapiii.. kenapa kali ni Aiman tak mandi laut erk.. sebab mak tak tahu kottt.. ntah laa.. mak tu asyik marah Aiman jer bila tak nak makan.. Aiman dah kenyang laaa.. dah tuu baran semacam jer ngan Aiman.. naik tensen juga.. mujur la Cik Wati bawa Aiman jalan2.. ffuuhhh.. lega rasanya..
tapi sekejap sangat la tinggal di sana.. takpelah bila dah besar.. Aiman akan suruh mak bawa lagi..hehehhehee..

Sukan.. Tadika Tunas Permata UKM


















15 Mei 2009.. Tadika Tunas Permata UKM mengadakan sukan bagi kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun.. sukanya dorang.. termasuklah Aiman.. suka sangat tengok acara sebegini.. rasa bebas..lagipun nak bagi semangat dan sokongan moral kepada Abg Alif nyer, ye laa.. ibu dan abah tak dapat datang..hanya Angah jer peneman Abg Alif.. jadi Aiman dan Irfan datang laa.. tapi Abah datang lambat sikit sebab dia nak tidur dulu.. pastu ambil Along di sekolah..banyaknya kerja Abah.. tapi tak kisahlah..yang penting Aiman ada.. hehehhee.. dalam dok main-main tuu.. Sofiya pun ada.. apalagi suka la Aiman..sebab best friend pun ada.. seronok tak terkata la 2 orang tu bermain.. macam sukan tu dorang punya jer..sakan berlari ke sana sini.. letih juga Mak Aiman dan Ibu Sofiya mengejar.. Irfan stedi jerr..
Tapi Aiman tak tunggu sampai Abg Alif terima hadiah.. Aiman dah penat sangat.. so balik awal laa.. tak tahu la apa jadi lepas tu..
Apa-apa pun Aiman ok jerr.. seronok sangat...

Khamis, 21 Mei 2009

Suatu Perjalanan yang panjang..

Alhamdullilah...bersyukur ke Hadrat Ilahi.. tanggal 29 Mac 2009, hari Ahad pagi sidang ke-2, akhirnya, aku berjaya juga merempuh??.. wahh.. ganasnyerr.. tak kisah laa.. walau apa pun.. aku berjaya juga mengharungi segala cabaran..dugaan..ujian.. alhamdullilah.. akhirnya aku sampai juga ke garisan penamat.. tapi ini bukanlah penamat terakhir.. mungkin hanya suatu perhentian seketika.. akan kuteruskan lagi perjuangan ini.. kali ini mungkin kerana AIMAN BAHRI... aku perlu teruskan.. sebagai contoh sebagai teladan..bukan kerana mengambil masa yang lama utk mengapainya..tetapi semangat untuk terus menimba ilmu.. mencari kepuasan..mencari sesuatu yang.. Hanya Allah jua yang mengetahui.. dan Anakku.. kegigihan itu perlu.. semangat perlu kental dan kekuatan itu juga perlu disematkan agar apa yang diimpikan tercapai jua..Insyaallah.. apabila Anakku membesar kelak.. dia akan faham dan mengerti erti sebuah pengorbanan..
Aku tidak menganggapkannya sebagai membuang masa.. tetapi kuisikan masa itu dengan ilmu..kerana tanpa ilmu..siapalah diri ini.. Ilmu Allah terlalu luas.. malah ilmu yang kucari ini mungkin belum secubit rasa..terlalu sedikit.. terlalu luas ilmu Allah.. kekadang rasa sampaikan terasa macam tidak mampu untuk memperolehi kesemuanya..

Inilah tiga generasi.. Ayahanda.. Anakand.. Cucunda..


Adakalanya ia sangat penting sebagai dorongan kepada Anakku.. semoga dia jadikan pedoman di masa mendatang. Dan aku tidak mahu anakku jadi sepertiku..Moga dia lebih baik dariku..

Ayahanda.. inilah akhirnya Anakanda mampu buktikan apa yang telah anakanda impikan selama ini.. tanpa Bonda, anakanda tetap teruskan juga kerana telah anakanda sematkan dalam jiwa ini.. akan kuteruskan selagi terdaya selagi termampu walau apa juga rintangan.. memang perit untuk melaluinya.. ada yang memberi dorongan dan ada yang mengeji..tapi kesabaran itu penting.. kerana sabar jugalah akhirnya aku di sini.. kerana kuatlah makanya aku teguh di sini. Namun bagiku.. perjalanan itu masih jauh.. aku perlu teruskannya tanpa henti.


Seronoknya cucu dan tok wan bersama.. bukan selalu dapat suasana begini..

Perjalanan ke Skudai mengambil masa lebih kurang 4 jam.. berbanding perjalanan ku sendiri lebih lama dari itu..

Hantaran perkahwinan

Gubahan hantaran untuk majlis perkahwinan kawan kakak ku di UKM pada 1 Mei 2009, bagi mengasah bakat terpendam gituu.. 4 sisters made together..so this is the result Hantaran ini adalah daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki





Alat make-up..??? ye kot.. hahaha..aku pun tak tauu

Jam.. mahai uuuuu..

Kasut.. skit nyer panjang..ahaks!!
Bakul Buah

Ini rasanya belt and wallet





















Jumaat, 2 Januari 2009

Kenduri di Akhir Tahun 2008


Sebahagian hantaran sebelah pihak perempuan




Aiman sayang Tok Nek, nak... ala..alaaaa..












Ini pun hantaran sebelah perempuan gak.. sebelah lelaki belum ada sebab time tu dorang tak sampai lagi.












Majlis Pertunangan Lyn di Semanggol pada 27hb Disember 2008..
kitaorang singgah sekejap jer sebab on de way nak ke Batu Kurau lak.. kenduri di sana lak.. 1 hari jer dah brapa kenduri pergi..makan..makan..makan... mujur la badan menten jer.. kekekee..




Selamat Tahun Baru 2009

selamat tinggal 2008...selamat datang 2009..

apa yang tinggal dan datang.. bagiku hanyalah suatu angka.. namun sekiranya tiada perubahan berlaku bagaikan tiada apa2 pun yg berlaku.. walaubagaimanapun.. perlu diingatkan bahawa usia itu makin meningkat.. seperti kata pepatah "rumah kata pergi... kubur kata mari..mari..mari.."
makanya.. setiap tahun..setiap masa.. amal ibadat itu perlulah dipertingkatkan lagi.. moga diri kita sentiasa dekat pada Pencipta Yang Satu.. sekiranya tahun lalu terlalu banyak berlaku kelalaian..maka tahun ini hendaklah lebih peka.. jangan lagi lalai seperti yang terdahulu..

apa pun bagi diriku.. walaupun tidak nampak perubahan itu.. tapi perubahan tetap berlaku.. hampir 10 tahun aku bertungkus-lumus, akhirnya aku menuju juga destinasiku... tapi pada 2009 aku akan melangkah lebih terhadapan.. kerana masih ada lagi destinasi yg perlu kutuju.
Dalam proses menuju destinasi itu.. pelbagai perkara berlaku.. kini anakku juga makin membesar, sudah setahun empat bulan, semakin bijak semakin cerdik, dialah segalanya..

terlalu byk perkara yg nak dinyatakan..kadang2 sehingga tak mampu nak diluahkan.. hanya Allah juga yg tahu.. apa yg terpendam dalam jiwa.. :)

Apa pun SELAMAT TAHUN BARU.. semoga hidup ini lebih ceria.. lebih mendapat kerahmatanNya.. keberkatanNya.. andai ada hutang-piutang belum langsai mungkin 2009 adalah jalan penyelesaian untuk melangsaikannya.. apa2 pun semoga kisah lama dijadikan sebagai iktibar atau iktiar pada masa mendatang..

Adios..