Aku tidak menganggapkannya sebagai membuang masa.. tetapi kuisikan masa itu dengan ilmu..kerana tanpa ilmu..siapalah diri ini.. Ilmu Allah terlalu luas.. malah ilmu yang kucari ini mungkin belum secubit rasa..terlalu sedikit.. terlalu luas ilmu Allah.. kekadang rasa sampaikan terasa macam tidak mampu untuk memperolehi kesemuanya..
Inilah tiga generasi.. Ayahanda.. Anakand.. Cucunda..
Adakalanya ia sangat penting sebagai dorongan kepada Anakku.. semoga dia jadikan pedoman di masa mendatang. Dan aku tidak mahu anakku jadi sepertiku..Moga dia lebih baik dariku..
Ayahanda.. inilah akhirnya Anakanda mampu buktikan apa yang telah anakanda impikan selama ini.. tanpa Bonda, anakanda tetap teruskan juga kerana telah anakanda sematkan dalam jiwa ini.. akan kuteruskan selagi terdaya selagi termampu walau apa juga rintangan.. memang perit untuk melaluinya.. ada yang memberi dorongan dan ada yang mengeji..tapi kesabaran itu penting.. kerana sabar jugalah akhirnya aku di sini.. kerana kuatlah makanya aku teguh di sini. Namun bagiku.. perjalanan itu masih jauh.. aku perlu teruskannya tanpa henti.
1 ulasan:
trusskannn perjuangan..perjuangan belum selesaiii...kekekek
Catat Ulasan