Alhamdullilah...bersyukur ke Hadrat Ilahi.. tanggal
29 Mac 2009, hari Ahad pagi sidang ke-2, akhirnya, aku berjaya juga merempuh??.. wahh.. ganasnyerr.. tak kisah laa.. walau apa pun.. aku berjaya juga mengharungi segala cabaran..dugaan..ujian.. alhamdullilah.. akhirnya aku sampai juga ke garisan penamat.. tapi ini bukanlah penamat terakhir.. mungkin hanya suatu perhentian seketika.. akan kuteruskan lagi perjuangan ini.. kali ini mungkin kerana AIMAN BAHRI... aku perlu teruskan.. sebagai contoh sebagai teladan..bukan kerana mengambil masa yang lama utk mengapainya..tetapi semangat untuk terus menimba ilmu.. mencari kepuasan..mencari sesuatu yang.. Hanya Allah jua yang mengetahui.. dan Anakku.. kegigihan itu perlu.. semangat perlu kental dan kekuatan itu juga perlu disematkan agar apa yang diimpikan tercapai jua..Insyaallah.. apabila Anakku membesar kelak.. dia akan faham dan mengerti erti sebuah pengorbanan..
Aku tidak menganggapkannya sebagai membuang masa.. tetapi kuisikan masa itu dengan ilmu..kerana tanpa ilmu..siapalah diri ini.. Ilmu Allah terlalu luas.. malah ilmu yang kucari ini mungkin belum secubit rasa..terlalu sedikit.. terlalu luas ilmu Allah.. kekadang rasa sampaikan terasa macam tidak mampu untuk memperolehi kesemuanya..
Inilah tiga generasi.. Ayahanda.. Anakand.. Cucunda..
Adakalanya ia sangat penting sebagai dorongan kepada Anakku.. semoga dia jadikan pedoman di masa mendatang. Dan aku tidak mahu anakku jadi sepertiku..Moga dia lebih baik dariku..
Ayahanda.. inilah akhirnya Anakanda mampu buktikan apa yang telah anakanda impikan selama ini.. tanpa Bonda, anakanda tetap teruskan juga kerana telah anakanda sematkan dalam jiwa ini.. akan kuteruskan selagi terdaya selagi termampu walau apa juga rintangan.. memang perit untuk melaluinya.. ada yang memberi dorongan dan ada yang mengeji..tapi kesabaran itu penting.. kerana sabar jugalah akhirnya aku di sini.. kerana kuatlah makanya aku teguh di sini. Namun bagiku.. perjalanan itu masih jauh.. aku perlu teruskannya tanpa henti.
Perjalanan ke Skudai mengambil masa lebih kurang 4 jam.. berbanding perjalanan ku sendiri lebih lama dari itu..