Khamis, 18 September 2008

Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


strong>KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 8 September 2008

Doa Luruskan Hati

Salam buat bloggers..
Ini adalah doa yang saya perolehi daripada seorang penceramah YPEIM ketika datang ke pejabat memberi sedikit taklimat dan ilmu pengetahuan, pengalaman yang dikongsi bersama..di bulan yang mulia tak salah rasanya saya ingin berkongsi bersama bloggers yang lain.. doa ini hendaklah sentiasa diamalkan selepas solat. Insyaallah..mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan hidayah dariNya..mudah-mudahan hati kita diluruskan dan dibersihkan.. semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.. amin.

YA ALLAH, LURUSKAN HATIKU
SUPAYA AGAMAKU LURUS…
BETULKAN HATIKU
AGAR AKU TAK TERGUGAT
DENGAN UJIAN YANG MENIMPA…

YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTAKAN HATI..
BERSIHKANLAH HATIKU
AGAR MAZMUMAHKU TIDAK MEROSAKKAN AGAMAKU..
DAN..TIDAK MEROSAKKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN

WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI
KUATKANLAH HATIKU.. AGAR, KEYAKINANKU TAK BERUBAH..
SUPAYA AKU SENTIASA TABAH

TUHAN… ENGKAU RASAKAN LAH HATIKU..
SENTIASA BERSAMAMU..
SUPAYA AKU RASA ADA KAWAN MELINDUNGIKU
AGAR AKU TIDAK RASA SEPI DI DALAM HIDUPKU

YA ALLAH..TUHAN YANG MENJAGA HATI
BAIKILAH HATIKU.. AGAR, SELURUH HIDUPKU MENJADI BAIK
SUPAYA AKU TIDAK KHIANAT..TIDAK HASAD..
DAN .. TIDAK BERDENDAM DENGAN SESAMA MANUSIA.

TUHAN..LIMPAHKAN LAH KE DALAM HATIKU ILMU.. DAN HIKMAH
HINGGA AKU DAPAT MENYULUH HATI..
MENYULUH KEHIDUPANKU.. DAN..MENYULUH KEHIDUPAN ORANG LAIN

SUPAYA LAHIR DAN BATINKU BERSYARIAT..
AGAR LAHIR DAN BATINKU MENJADI TAAT..

YA ALLAH.. MAKBULKANLAH DOAKU INI..
AMIN.. YA RABAL ALAMIN

Rabu, 3 September 2008

SELAMAT HARI JADI MANJA

HARI INI 3 SEPTEMBER 2008 BERSAMAAN 3 RAMADAN 1429.. genaplah setahun usia Manjaku.. AIMAN BAHRI MOHAMMAD SHAHMINAN..

hepinya dia bila usia makin meningkat.. dia semakin membesar..dan semakin bijak... petang semalam bawa dia jalan2 di bazaar ramadan kawasan billion bangi.. sukanya dia lihat ramai orang..dah tu memacam juadah ada..tak sabar nak makan.. tapi tak boleh makan semua..Aiman belum cukup bersedia makan macam2..

malam tadi siapkan souvenir utk kawan2 aiman di taska..sedekah dibulan puasa.. sambuy hari jadi Aiman yang pertama.... Aiman pun tolong juga..suka betul dia.. tido malam pun lena.. tak bangun sahur pula.. :)

pagi tadi pun sambung lagi..masukkan dadih plak.. asalkan aiman bahagia

Aiman Bahri;
Mak dan Babah doakan semoga Aiman jadi anak yang soleh..taat kepada orang tua..jadi orang yang berguna utk bangsa, agama dan negara..hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT..semoga Allah mencucuri rahmatNya kepadamu sayang..semoga dikau menjadi anak yg bijak pandai cerdik akal fikiran.. semoga dikau sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik..dan dijauhkan dari syaitan yang direjam...amin.

Selasa, 2 September 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

2 September 2008..bersamaan 2 Ramadan 1429..

merupakan hari ke-2 umat Islam menjalani ibadah puasa...alhamdullilah kepada yang berkemampuan dalam menjalaninya.. jihad kepada Yang Esa.. semoga sepanjang bulan Ramadan ini kita mendapat ganjaranNya.. semoga Ramadan kali ini mampu membersihkan jiwa kita..lebih mendekatkan diri kepada Yang Esa..

bagiku.. ini juga merupakan tahun kedua meraikan kehadiran Ramadan bersama buah hati pengarang jantung.. tahun lepas aiman bahri berusia 2 minggu ketika Ramadan tiba..tahun ini usianya telahpun genap setahun.. alhamdullilah..dia membesar di depan mataku..pelbagai gelagatnya..suka duka...tahun ini dan sebelumnya.. dialah ahli yang setia mengejutkan kami sekeluarga yang sedang nyenyak tidur agar bangun untuk bersahur...

hari pertama berbuka puasa..aiman tak sempat nak berbuka bersama..sebab terlampau letih..tidur lena...tapi sekejap jer..selepas mak dan babah selesai, aiman pun bangun...

buat pembaca semua... selamat berpuasa dan berbuka puasa.. janganlah diturutkan sangat nafsu makan..tak baik membazir...