Jumaat, 29 Ogos 2008

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51



SELAMAT HARI MERDEKA KE 51 untuk semua rakyat Malaysia... cintailah negara kita.. hargailah jasa-jasa pejuang-pejuang negara..kerana merekalah kita di sini.. maka dengan itu.. sama-samalah kita menjaga negara kita.. menjaga keamanan..kemakmuran.. kemashuran dalam apa jua aspek.. kang kata lebih2 kang tak pepasai blog aku kena banned lakk.. adakah ini dinamakan demokrasi?? hhmmmm.. macamana nak luahkan perasaan..?? kalau asyik kena block ajer.. bukan blog.. :)

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!
Tanggal 31..bulan 8...57..
Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!

Aiman Bahri


Aiman Bahri Mohammad Shahminan.. kaulah pertama mak dan babah.. penyeri kehidupan kami..penyambung kasih sayang..pengubat duka lara.. hari-hari bersamamu..pelbagai gelagat kau tunjukkan.. dari umur sehari hinggalah kini.. 11 bulan 3 minggu 5 hari.. tiada kata-kata yang boleh mengambarkan perasaan kami sebagai ibubapamu, sayang.


Mak doakan agar Aiman Bahri menjadi anak yang soleh.. menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..kerana dikaulah pewaris kami dunia akhirat.

Pertama kali menatap wajahmu sayang.. Ya Allah.. betapa hebat dan besarnya KuasaMu..apabila diriku selamat melahirkan bayi pertama.. waktu itu.. masyaallah.. merah sungguh anakku.. itu pengalaman pertama yang selama sangat-sangat kutakuti untuk menghadapinya.. Alhamdullilah aku berjaya juga mengharunginya walaupun seharian menghadapi kontruksi...

Hari Raya Tahun 2007

This is my families.. October 2007..we are celebrated together at Kampung Pauh, Taiping, Perak with Ayahanda... without Mother.. she was passed away on 20 Ramadan 1426 (24 October 2005).. we are misses her a lot.. well what to do.. we just can pray and recite Quran for her. Al-Fatihah..


Inilah kami 8 adik-beradik.. anak kepada Abd Rahman Che Man dan Allahyarhamah Raja Asmah Raja Osman

Ini pula.. menantu-menantunya.. from left: Shahminan (my hubby), Hazrin (my sixth sister's hubby), Syukrani (my second sister's hubby),Ours Ayahanda Abd Rahman Che Man, Tajul (my third sister's hubby), Siti (my oldest brother's wife) and Zira (my fourth brother's wife)



Megat Adam Malek Abd Rahman (Abang Sulong)
Megat Mahfudzah Abd Rahman (Kakak Kedua)
Megat Mastura Abd Rahman (Kakak Ketiga)
Megat Firdaus Abd Rahman (Abang Keempat)
Airmy Abd Rahman (its me.. no 5)

Salmy Abd Rahman (Adik KeEnam - perempuan bongsu : youngest sister)


From Left: the youngest brother - Megat Mohamad Fairus Abd Rahman, Ayahanda, the younger (seventh) - Megat Muazam Syah Abd Rahman


"Ya Allah.. Kau Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua orang tua kami, dan Kau tempatkanlah bonda kami ditempat orang-orang yang beriman disisiMu..Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Amiin."



MiE '08











Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Salam..
Syukur Alhamdullilah.. dipanjangkan usia.. dan sekali lagi dapat mengecapi kehadiran Ramadan.. Ramadan bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi...

Buat teman-teman.. dan pengunjung2 yang mengenali atau tidak diri saya..
di kesempatan ini.. ingin kuucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK.. dan ampun maaf dipinta andai ada salah silap.. terkasar budi bicara..halalkan makan minum selama ini..

semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa beribu Rahmat kepada kita semua.. keamanan dunia akhirat.. berdoalah semua agar hidup ini sentiasa dalam kerahmatan Ilahi.. marilah sama2 menunaikan kewajipan ini.. membolot sebanyak mungkin pahala yg diberi di bulan mulia ini.. hapuskan la segala dosa-dosa besar dan kecil.. sucikanlah hati kita... sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

akhir kata.. selamat berpuasa... selamat mengerjakan solat tarawih... dan lain-lain untuk menambah saham akhirat...



Amy RA

Khamis, 28 Ogos 2008

Aiman Bersantai di Pulau Langkawi



20-22 Ogos 2008, Pulau Langkawi.. Setelah hampir setahun usia Aiman Bahri Mohammad Shahminan.. akhirnya sampai juga ke Pulau Lagenda, sebenarnya Aiman bukan saja2 nak bercuti ke sana..tapi temankan Mak dan Babah ke Majlis Perkahwinan Auntie Sham.. kawan baik Mak.. kata Mak.. itu kawan masa dia sekolah di Perlis... Auntie Sham very nice,..so beauty.. Uncle Adli..?? Good man..Aiman siap tangkap lentok lagi kat Uncle Adli.. manjanyerr...
Best juga gi Langkawi niehh.. seronok tengok air laut..tapi tak sempat nak jalan2 kat semua tempat.. time tu ujan ajer.. so bila Aiman dah besar.. ada duit lebih.. cuti mak n babah lebih.. bleh la pegi lagi...hehehehe.. kan..kan..kan..!!
Diari Aiman Bahri

Majlis Perkahwinan Sham & Adli









Langkawi- Majlis Perkahwinan Norisham dan Adli berlangsung di No. 25 Kg. Baru Mukim Ulu Melaka Pulau Langkawi.. 20-21 Ogos 2008..Majlis Akad Nikah diadakan di Masjid al-Qadim, Mukim Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Pengantin perempuan tersebut adalah merupakan kawan baikku dari SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL, KANGAR Perlis.. 1995-1996 Kursus Pengurusan Perniagaan.
Buat Sham dan Adli;Kami sekeluarga mendoakan agar korang berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.. Adli; jaga Sham bebaik.. bukan senang nak tackle dia tuu.. i knew her ..she very hard to get.. taniah la kerana berjaya membuka pintu hati Sham utk menerima insan bergelar lelaki dan dijadikan sebagai suami.. semoga Adli menjadi suami dan bapa yang baik kepada Safwan.. dan kepada anak2 coming soon.. :-) ... dan Sham plak.; taniah kuucapkan.. kerana sesungguhnya pintu hatimu terbuka juga untuk menerima insan bernama lelaki menjadi teman hidupmu.. moga kehadirannya dalam keluargamu menambah keceriaan..kebahagiaan.. dah Rahmat Ilahi.. semoga berkekalan ke akhir hayat..lupakanlah kisah lama.. kita buka kitab baru.. :-D









Amy AR - sahabatmu