Isnin, 11 Mei 2015

Langkawi 2015 .. part 3

Cerita dalam KTMB .. 1 malam punya cerita

Setelah penat berlari-lari cari gerabak L6 .. akhirnya jumpa juga dengan keadaan Aiman yang hilang sabar.. mau taknya dah la hujung sekali.. kena berlari dengan beg heret beg galas.. segala macam jenis beg ada..kekekeke.. tak sempat nak snap pic berlari sebab takut kena tinggal ketapi..baru jer chennai express jadinya.. bukan Senandung Malam Langkawi - Hatyai koooo...


Okeh.. dah dapat masuk ke dalam gerabak, masa untuk cari nombor tempat duduk pula.. lega!! tak jauh sangat dari pintu masuk betul-betul di pertengahan.. huh!! lega dapat duduk dalam gerabak akhirnya..
 Ready for departure to Arau with Senandung Malam Langkawi - Hatyai  at 10.00 pm
 Seat pun seat laa.. janji kami anak-beranak selamat sampai ke destinasi
 Checker tiket KTMB - syukur tiket kami ok.. hihihihihi..
 Ini gerabak yang ada katil.. kami tengok ajer la walaupun tak dapat tidur kat sini
 Abang Alif dah banyak kali naik keretapi tapi kali ni lagi jauh perjalanan memakan masa 1 malam lebih kurang 12 jam juga la untuk sampai ke Arau
 Aiman nak ke tandas pun jenuh gegar-gegar.. hahahhaa.. sangat mencabar dengan keadaan keretapi bergerak.. merupakan kali ke-2 Aiman naik keretapi Senandung Malam Langkawi - Hatyai sebelum ni dengan Aunti Sally waktu tu umur Aiman baru cecah 2 tahun lebih.. boleh rujuk post yang lama-lama.
 Kena tutup muka baru boleh tidur.. dalam keretapi lampu tidak ditutup kalu tak macamana checker nak cek tiket penumpang sebab keretapi ni berhenti hampir setiap stesen untuk ambil penumpang.
 Macam tidur jer mak tu kan? kalau mak tidur.. sapa pula yang snap pic ni? takkan checker atau penumpang lain kot.. dah tengahmalam ni semua orang dah beradu..

Lenanya 2 beradik ni tidur.. opkos mak tak tidur kalu tak macamana boleh ada pic ni ye tak?
 Ini dah sampai stesen keretapi Ipoh.. cantik dengan senibina lamanya.. klasik gitu.. waktu ini lebih kurang jam 2.00 pagi
 Minum kopi jam 3 pagi.. bertambah tak tidur la mak.. sejuk sangat waktu nie.. so mak order kopi O semasa staff KTMB lalu-lalang datang bawa makanan.. kopi O cap Hang Tuah.. memang kena dengan citarasa mak laaa... Alhamdulillah.. segarnya dapat minum kopi O
 Orang lain tidur.. kita tak tidur.. kan dah jadi cenggitu rupanya.. mata buntang.. bertapa lenanya Abang Alif disebelah.. mak buat apa pun dia tak ambil kisah.
 Jam 6.30 ke 7.00 pagi.. Aiman dah bangun tidur.. yippiiiiiiiiii..segar sudah.. so macam biasa order jer kat staff KTMB yang lalu lalang tu.. Aiman ambil roti sosej sebagai sarapan bersama air tin soya. Alhamdullilah kenyang.
 Abang Alif pula ambil mihun goreng dengan air twister oren..waaahhhhh.. sedapnya sarapan abang..
 Yang ini mihun goreng mak.. sedap juga mihunnya.. Alhamdullilah.. kenyang.. bukan selalu dapat sarapan dalam keretapi.. kalu korang nak cuba apasalahnya.. buatlah perancangan untuk sekali-sekala..tapi harga dah tentu lebih mahal dari luar.. sebab ini KTMB Senandung Malam ok...
 Selamat pagi duniaaaaaaaaaaaaa... Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah ..sungguh damai di waktu pagi.. lihat sawah padi terbentang indah dengan matahari terbit menyinari alam..

 Anak-anak dah kenyang,,.dah segar di pagi hari.. cuma siap-sedia untuk turun ke destinasi, hanya tinggal sejam dua sahaja lagi.. dah tak sabar nak ke langkah seterusnya.
 
Lebih kurang jam 9 pagi, Alhamdulillah kami selamat tiba di stesen keretapi Arau...wooowwww..!! sangat berbeza keadaannya dari tahun 2009.. suatu perubahan yang ketara.. ok.. next step terus pergi cari teksi untuk ke jeti Kuala Perlis pula.

Projek Langkawi 2015 .. part 2

Bersambung kembali ...

ok.. perut dah isi.. baeeekk punya isi chicken grill lagi tengahari nieee..  moh sambung balik citer langkawi 2015..

percutian kali ni dengan geng-geng teknikal mak.. campur sket la sekutu-sekutu yang ngam.. so jadi la famili day teknikal with de geng..
ok.. berbalik kepada jalan cerita asal.. hampir setahun menanti.. tibalah masanya 1 April 2015 di mana, mak perlu dapatkan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)..sebab perancangan mak nak pergi 30 April 2015 hari Khamis sampai di sana pagi Jumaat jatuh 1 Mei 2015 iaitu hari Pekerja.. tetapi ujian Allah..sesungguhnya kita manusia biasa hanyalah mampu merancang.. namun semua ini adalah kekuasaan Allah.. Dia punya rencana adalah yang terbaik.. pada pagi 1 April 2015 hari Rabu.. hari yang dinanti-nantikan.. jam 8.00 pagi terus mak ke stesen komuter Kajang untuk dapatkan tiket katil lebih kurang dalam 15 dewasa 10 orang kanak-kanak.. banyak tak? banyak kan??? tetapi apa yang berlaku?? setelah mengejar trafik dan parking di stesen komuter.. berkejaran mak ke kaunter tiket nak beli tiket Senandung Malam Langkawi - Hatyai... mak terus order tiket koc katil 25 gituuuu.. malangnya waktu cuma ada berbaki 10.. dalam mak dok fikir jalan penyelesaian..bilangan tiket semakin berkurangan untuk tarikh 30 April tuuu.. akhirnyaaaaaaaaaaaaaa.. hanya tinggal koc duduk kelas superior itupun pada 29 april dan berbaki 1 koc sahaja... huh..!!! sangat sadisssss... setelah panggilan demi panggilan berbincang dengan rakan-rakan percutian.. mak pun terus rembat.. duduk pun duduk lahh.. janji dapat pergi Langkawi seperti yang diimpikan...

Ni la rupa tiket tuuuu... dah makin kecil saiznya.. masa 2009 macam panjang jer rupanya.. tiket untuk mak, Aiman dan Alif

Mak cerita ringkas aje la pasai kejadian di kaunter tiket komuter Kajang.. dah dapat tiket sudah pasti wajah tu sedikit lega.. sebab dah ada tiket perjalanan maknanya langkah pertama ke bukannnn???.. dah langkah ke berapa pun mak tak ingat dahhhh.. takpeee.. abaikan dulu part ni..

Setelah 28 hari menanti..tibalah waktu keberangkatan rombongan mak ndak mie.. hihihihii.. bukan rombongan cik kiah yeee.. rombongan cik kiah tuu naik bas sampai tercabut tayar bas.. ni rombongan mak ndak mie.. special skettt.. naik ketapiiiiiiiiiiii... caiya..caiyaaaaaa... dah macam citer Dil Se aktor Shah Rukh Khan dengan Monisha Koirala pula.. hihihihii.. aktor kesukaan mak tuuuu..





Ok.. terus ke bahagian hari kejadian iaitu 29 April 2015 .. Aiman macam biasa pergi sekolah balik sekolah seperti tiada apa yang berlaku.. mak pula berhempas-pulas menyelesaikan apa yang patut di fakulti sebab hari khamis adalah masih hari bekerja tetapi seorang teknikal pun tiada.. memang masak kalau berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.. memang salah mak 100% .. bukan rindu mak 200% yee..  memang mak la orang pertama yang kena pancung..huhhuu.. ayat ganaskan?

 Waktu ni baru sampai ke KL Sentral.. geng-geng mak ada yang dah sampai dulu dan ada yang pi makan, pi solat.. apa-apa pun port menunggu depan KFC di platform A untuk ke utara.
 Perut dah kenyang..bila suruh possed ni la rupanya.. tak sabar-sabar nak chaiyya..chaiyya dalam keretapi
 Semangat sungguh nak naik keretapi bersama-sama
Muka dah tension giler time nie.. apa taknya dah cek-in tinggal nak melangkah turun eskalator sekali mak kata kejapppppppppppp... tiket pakcik juk ada kat mak niee.. pakcik juk mana??? terus hilang semangat berkobar-kobar nak naik train.. huhuhuhuu
 Peberek Aiman.. dapat A & W Float.. abang Alif mau tumpang gak laaa..
 Abang Alif dengan minumannya.. coffee ke mocha ke apa ntah.. tapi memeningkan juga la bila minum.. kekekee

Ni nasi putih berlauk asam pedas.. mak punya yeee.. harga jangan tanya la dah makan di KL Sentral opkos la mahal koooo.....

Ok.. habis cerita part menunggu waktu perlepasan.. sambung episod seterusnya ke halaman lain pula

Projek Langkawi 2015 .. part 1


Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT.. perancangan projek Mak pada 2014 telah direalisasikan pada 2015 di mana mak nak bawa Aiman menaiki semua jenis kenderaan di darat, di air dan udara. Kalau diikutkan perancangan asal mak.. mak nak bawa Aiman menaiki kereta dari rumah ke stesen komuter UKM, naik komuter ke KL Sentral, tetapi sebaliknya telah berlaku, beg terlebih daripada bilangan orang makanya mak minta babah hantarkan ke KL Sentral. Menurut perancangan asal pun  dari rumah dengan kereta ke komuter UKM menaiki komuter ke KL Sentral menaiki keretapi Senandung Malam Langkawi - Hatyai ke Arau menaiki teksi ke jeti Kuala Perlis menaiki feri ke KUAH Langkawi pulang dengan MAS Airline menaiki ERL Express KLIA ke Putrajaya dan babah menanti di situ dengan ferrari hitamnya.. walau apa pun itu adalah perancangan asal.. namun apa yang terjadi tetap dalam perancangan cumanya pergi ke KL Sentral babah yang hantarkan sebab mak kata beg banyak sangat.. dan semasa balik ke sini pun babah jemput di KLIA dengan alasan mak beg bertambah lagi.. hahahhahaa... mak...ooo makkk.. apa-apa pun Aiman ok jer... 

Percutian kali ini, abang Alif ikut serta. Biasalah mak.. mana boleh tak bawa bodyguard.. bukan selalu pun mak nak bawa orang lain jalan-jalan sama.

Perancangan yang telah mak susun  : pergi jalan darat - air - balik udara
Langkah 1 : tengok kalender cuti 2015 waktu bila cuti panjang
Langkah 2: tempah chalet sesiap..takut penuh.
Langkah 3 : tengok tiket penerbangan kot ada yang offer murah kebetulan MAS Airline offer murah sangat RM60 ke Langkawi.. terus mak booked sebab dah confirmed date

Ni la rupa emel yang dihantar oleh MAS Airline.. no booking tu jangan hilangkan nanti tak boleh naik kapal terbang.. melopong pula kat airport ..

Langkah 4 : mak semak tiket KTMB dan feri bila boleh tempah.. rupanya 30 hari sebelum perjalanan baru boleh tempah.. takpe.
Langkah 5 : Mak mula menabung untuk bayar tiket KTMB, feri, kereta sewa, teksi, makan, chalet, jimba-jimba.
Langkah 6 : Lamanya menanti hari nak jadi.. setahun kot.. tapi takpe.. mak kata itulah menguji keimanan dan kesabaran kita..melihat bagaimana kita bersusah-payah mengumpul duit, menghadapi pelbagai rintangan..hihihihihii.. teruk bebeno nak gi bercutinya..

rehat jap -- jalan citer memakan masa setahun ni banyak nak dikongsikan bersama.. tengok part 2 pula yee..