Khamis, 15 Disember 2011

Penghujung Tahun 2011

Cepatnya masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Masa berlalu begitu pantas, dan Aiman Bahri semakin membesar sudahpun berusia 4 tahun 3 bulan. Tak lama lagi akan mencecah usia 5 tahun. Dah pelbagai ilmu dipelajari, sudah kenal ABC, nombor, huruf hijayiah Alif Ba Ta.. bijak berkata-kata. Syukur alhamdullilah.. semoga Allah permudahkan kehidupan Aiman Bahri, dan sentiasa dilindungi, dijauhkan dari segala perkara yang tidak baik. Semoga menjadi anak yang soleh, yang akan sentiasa mendoakan untuk mak dan babah. Oleh itu, mak harap sangat apabila mak dan babah tiada dimuka bumi ini, Aiman Bahri akan mandikan, kapankan, talkinkan, dan sentiasa doakan untuk mak dan babah kelak. Ada 3 perkara yang ditinggalkan setelah mati, amalan semasa hidup, sedekah jariahnya dan anak yang soleh.

15 Disember 2011