Khamis, 15 September 2011

4 tahun sudah..

3 September 2011M bersamaan 5 syawal 1432H..genap sudah umur Aiman Bahri Bin Mohammad Shahminan, 4 tahun. Aiman Bahri semakin membesar, semakin bijak, semakin cerdik, semoga menjadi anak yang soleh, yang taat, bertaqwa.
Semoga Allah sentiasa melindungi Aiman Bahri, dan mempermudahkan perjalanan kehidupan di dunia dan di akhirat.

15 september 2011 bersamaan 17 syawal 1432H.. Aiman Bahri baru berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiran di skool bersama kawan-kawan dan cikgu. Gembiranya Aiman Bahri hari ini. Bawa kek gambar transformer kesukaan Aiman Bahri.

16 september 2011 bersamaan 18 syawal 1432H.. potong kek di rumah ibu pula, sebab ibu buat rumah terbuka, jadinya mak tumpang sekali majlis tersebut. Kek gambar angry bird hitam, tapi kedai tu buat coklat sebab mak kata kedai tu takde warna hitam.. Aiman Bahri ok jer, janji ada kek angry bird.