Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua muslimin muslimat.. agar Ramadhan ini akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa, beriman kepada Allah. Moga Ramadhan kali ini memberi lebih seribu rahmat dan keberkatanNya.

Pohon ampun di pinta andai ada salah dan silap.. halalkan segala makan minum saya.. moga Ramadhan kali ni mampu membersihkan keseluruhan kekotoran dalam diri ini.

Namun.. Ramadhan.. hadirnya Ramadhan, tersingkap kembali memori lama, kali ke-5 Ramadhan tanpa bonda tercinta, tragedi yang berlaku pada 20 Ramadhan 1426.. sayunya hati apabila mengenangkannya.. sedu dihati hanya mampu kutahan apabila melihat orang-orang disekeliling masih punya ibu untuk mereka memohon keampunan..mengucap salam itu ini.. tapi diriku tidak berdaya.. hanya ayat-ayat suci dan doa yang mampu kuberikan.
Sudah 5 tahun bonda pergi.. pergi dan tidak akan kembali lagi..

Kerinduan sentiasa dalam hati.. apa yang tersirat dalam hati tak mampu kuluahkan.. hanya Allah yang tahu..

Selamat Menyambut Ramadhan yang bakal tiba..

Tiada ulasan: